FENG SHUI kebiasaannya mengambil kira keselesaan seseorang individu di dalam rumahnya, kini dicadangkan untuk para
pemandu
untuk mengurangkan tekanan di dalam
kereta. Filosofi China mengenai mengawal gelombang tenaga semulajadi bumi mengatakan pemandu perlu mengambil kira warna kenderaan yang dipandu. Pemandu kereta berwarna merah akan berkehendakan untuk secara agresif
kerana warna yang menggairahkan. Mereka yang lebih berusia lebih gemar warna biru, cokelat dan kelabu, dimana ianya lebih menenangkan. Pemandu berkeretakan warna kuning adalah peramah manakala yang berkeretakan warna putih adalah pemandu yang berhemah kerana warna tersebut menunjukkan mereka ingin diketahui, sementarapemandu dengan kereta berwarna hitam lebih bersikap formal. Feng Shui adalah penting di bahagian dalam kereta juga. Jangan penuhi kenderaan dengan sampah kerana ianya akan mengganggu konsentrasi anda. Jangan biarkan sesuatu barang yang boleh menaikkan rasa tidak selesa berdekatan. Tetapi gambar seseorang yang anda sayangi dapat membantu untuk memandu secara tenang dan lancar. Jangan letakkan kenderaan anda di depan pintu rumah kerana ia akan menghentikan tenaga positif dari memasuki rumah tersebut.