Hubungan
intim umpama sebuah perjalanan, bertindak terburu-buru hanya menjejaskan kelancaran perjalanan. Oleh itu,
luangkan sedikit masa untuk anda mengeksplorasi pasangan anda untuk menarik respon daripadanya.
Jangan terburu untuk segera menyelesaikan hubungan ketika anda masih dalam proses
foreplay atau pemanasan kerana hubungan yang terburu-buru tidak memberi kenikmatan sepenuhnya.
Persoalannya, bagaimana anda harus memastikan pemanasan itu mampu merangsang pasangan anda? Yang pasti, ia memerlukan kreativiti anda menvariasikan aktiviti pemanasan.
Explorasi Tubuhnya Sentuh, belai dan cium di titik ghairah pasangan anda sehingga dia memberikan respon terhadap anda pula.
Keluarkan Peluh Jadikan aktiviti pemanasan sama seperti sebelum melakukan senaman berat kerana peluh merangsang pengeluaran hormon seksual wanita. Peluh juga mengeluarkan Androstadienone yang membuatkan pasangan anda semakin hangat.
Bergaya Menggoda Di Hadapannya Tidak salah sesekali anda menjadi penggoda kepada pasangan anda, tentunya kelainan ini menjadi dambaan pasangan anda selama ini.
Baca Buku Kebiasaannya anda membacakan buku cerita untuk menidurkan si kecil anda. Apa salahnya sesekali anda membacakan buku atau majalah berkaitan seks bila bersamanya. Semasa anda membaca buku tersebut, bukan hanya buku itu menjadi tarikannya tetapi suara anda semasa membaca itu lebih memancing rangsangan seksualnya.
Variasikan Tempat Jangan hanya di kamar tidur, anda boleh mencubanya di ruang lain dalam rumah. Cuma pastikan anak atau pembantu tiada di rumah waktu itu.