Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Society & News>Environment>Kampung melalap tenom sabah

Kampung melalap tenom sabah

oleh: razie     Pengarang : universiti malaysia sabah
ª
 
Pengenalan Tenom
Tenom merupakan sebuah bandar yang terletak di Bahagian Interior Sabah, Malaysia timur di pulau Kalimantan. Bandar ini disebut Fort Birch pada masa kolonial awal. Penduduknya diperkirakan sekitar 46.200 pada tahun 2000.Kumpulan-kumpulan etnik utama adalah Murut (60%), diikuti oleh China (20%), Melayu (10%), dan Kadazan-Dusun (8%). Daerah ini terutama merupakan zon pertanian, dengan kacang soya, jagung, sayur-sayuran dan tanaman utama koko. Tenom merupakan salah satu lokasi yang lebih indah Sabah interior, dengan Crocker Range mengesankan menjulang tepat di belakang bandar. Ia juga dikenali sebagai pintu gerbang "untuk Murut negara". Festival tahunan masyarakat Murut dikenali sebagai Pesta Kalimaran diadakan di Tenom.
ASAL USUL DAERAH MELALAP
Di Tenom terdapat satu daerah yang dikenali sebagai daerah Melalap, iaitu daerah yang kami menjalankan kajian mengenai kaum Murut yang yang terdapat di Tenom. Mengikut informan yang telah kami temubual iaitu En Thomas Lakei iaitu ketua kampung di Kampung Langsat menjelaskan bahawa daerah Melalap ini mendapat nama daripada sebatang sungai yang diberi nama Sungai Melalap.
Oleh kerana, daerah Melalap ini berdekatan dengan sungai tersebut, maka daerah ini dinamakan daerah Melalap. Menurut sumber yang lain, iaitu En. Stephen Kagoi yang berjawatan sebagai ketua kampung Kasia bahawa sejarah asl usul penerokaaan dan pembukaan perkampungan di daerah ini tidak diketahui oleh mereka dan penduduk yang tinggal di sini. Manakala kemungkinan asal nama kampung Melalap berasal dari ladang kelapa sawit yang dahulunya menjadi sebagai kawasan pertanian Golden Hope yang terawal diusahakan di kawasan ini dan kini telah di ambil oleh Syarikat Sime Darby. Sejak dari itu, nama ladang Melalap diambil menjadi kampung Melalap.
Kampung Melalap dikelilingi oleh beberapa buah kampung lain iaitu kampung Kasai, kampung Pangansangon, kampung Langsat, kampung Nalasitan dan kampung Sawang. Penduduk kampung Melalap dan kampung – kampung sekitar ini kebanyakannya mempunyai kaitan perhubungan saudara mara. Maka itu, amalan kunjung mengunjung sesama keluarga dan jiran tetangga sudah menjadi satu kemestian dan disebabkan itulah hubungan mesra antara mereka sentiasa terjalin dengan erat. Penduduk di sekitar kampung Melalap juga aktif melakukan aktiviti antara kampung dalam mengajurkan pertandingan sukan seperti bola tampar dan bergotong – royong membersihkan kawasan sekitar kampung.
KAMPUNG MELALAP
Kampung Melalap terletak kira – kira 20km daripada pekan Keningau. Perjalanan untuk sampai ke sini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Melalap, pengunjung akan dapat melihat kehijauan alam yang indah kerana terdapat kawasan yang berbukit bukau dan dipenuhi dengan tanaman getah dan kelapa sawit.
Selain itu, Kampung Malalap juga turut ditanam sawah padi di atas ,keluasan tanah 50 hektar persegi. Di sini juga mempunyai suhu yang lembab dan dingin terutama ketika waktu pagi. Setiap pengunjung yang datang ke sini, pasti akan terpukau dengan suasana yang damai dan tenang serta keindahan pemandangan kampung.
Kampung melalap, adalah sebuah perkampungan yang dihuni oleh suku kaum Murut dan Dusun. Terdapat 85% penduduk yang beragama kristian dan selebihnya beragama islam. Walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka tetap bersatu padu dan mengamalkan sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Mereka seolah – olah sebuah keluarga yang tinggal bersama didalam satu kawasan kampung yang harmoni walaupun berlainan adat dan keturunan.
Kampung Melalap, mempunyai 908 orang penduduk dan mempunyai 92 buah rumah yang berkedudukan tidak teratur. Kebanyakan penduduk Kampung Melalap berhijrah ke luar daripada kampung untuk mencari rezeki atau berkahwin dan berpindah ke kampung lain. Bagi penduduk kampung yang menetap di sini mereka berkerja sebagai buruh, jururawat dan bekerja sendiri.
Majoriti penduduk di sini, berkerja sebagai petani, mengusahakan ladang getah dan kelapa sawit. Dianggarkan 53% daripada mereka bekerja sebagai pesawah dan 45% pula bekerja di ladang getah. Hanya 2% sahaja yang mengusahakan ladang kelapa sawit.

Diterbitkan pada: 19 Ogos, 2010   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

  1. 5. yatie

    profile murut timugon dan peranan dan sumbangan kaum murut timugon

    hi, saya ingin mendapatkan maklumat tentang profile suku kaum Timugon, peranan & sumbangan kaum berikut kepada kampung masing2 pada tahun 2000 - 2013 untuk kerja kursus sejarah.

    0 Pengadaran 10 Mac 2014
  2. 4. Yulley

    sejarah perkembangan

    Hi,sy ingin mdptkn maklumat mengenai perkembangan sosioekonomi dari tahun 1975 sehingga kini kaum murut timugon di melalap dan asal usul murut timugon di melalap...maklumat ini sgt sy prlukan utk mnmbah kan ke dlm kajian sejarah stpm sy...terima kasih..

    1 Pengadaran 18 Januari 2014
  3. 3.

    eqa

    salam . . saya ingin tahu . . apa benar kg.mllp hanya bertumpuh kpda penanaman sawah padi atau yg lain2 ???

    1 Pengadaran 24 Januari 2013
  4. 2. ajey

    ingin tahu???

    hallow..sya ingin mbuat kjian bkitan sejarah pengangkutan pekan kcil melalap sejak kwjdan melalap...tmpt sapa sya blh dptkan mklmat2 yg bkaitan tsbut?????...tq

    1 Pengadaran 20 Januari 2013
  5. 1. TAM

    Kg. Melalap

    Hi, saya ingin menjalankan kajian tentang penggunaan sumber hutan oleh masyarakat murut di Kg. Melalap tetapi saya tidak dapat menghubungi Ketua Kampung tempat tersebut. Boleh saya tahu bagaimana saya boleh berhubung dengan ketua kampung di kampung tersebut?

    1 Pengadaran 20 Oktober 2012
X

.